Big Bang |
Malah rata-rata kumpulan muzik ternama dari Korea Selatan ini turut meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Umpamanya, Big Bang yang menang anugerah The Best Worldwide Act di MTV Europe Music Awards (EMA) 2011, November lalu.
Terbaru, yang menjadi perhatian di Jepun ialah kumpulan Kara dan Girls Generation yang berjaya mengungguli carta muzik di negara itu. Bahkan, Kara dan Girls Generation meraih keuntungan besar hasil penjualan cakera padat (CD) serta cakera video digital (DVD).
Secara keseluruhan, keuntungan diperoleh dua kumpulan muzik ini ialah RM3.6 bilion (8.98 bilion yen). Malah, Kara yang kini menjadi kumpulan K-Pop nombor satu di Jepun meraih keuntungan bersih RM1.9 bilion (4.93 bilion yen).
Girls Generation pula mendapat untung bersih RM1.6 bilion (4.05 bilion yen). Apapun, single Kara seperti Go Go Summer terjual 230,082 unit dan Jet Coaster Love pula mencatat jualan kira-kira 225,175 unit.
Menerusi penjualan itu, kedua-dua single itu berada di tangga ke-25 dan 26 dalam carta jualan. Bagi Girls Generation pula yang mengetengahkan single seperti Mr Taxi/Run Devil Run sekadar mencatat jualan 172,205 dan berada di kedudukan ke-46.
Pencapaian Kara dan Girls Generation itu sangat membanggakan industri muzik Korea. Bahkan, keuntungan diperoleh juga menyumbang pada pembangunan ekonomi negara Asia itu. Ternyata, pasaran muzik K-Pop kini sudah bertapak di seluruh dunia.
Kara yang kini dianggotai Park Gyuri, Han Seung-yeon, Goo Hara, Jung Nicole dan Kang Jiyoung ditubuhkan pada 2007. Hampir empat tahun aktif di persada muzik Korea, tiga album studio dihasilkan iaitu The First Blooming (2007), Revolution (2009), Step (2011).
Penerimaan baik di kalangan peminat muzik akhirnya mendorong Kara mengembangkan karier seni di negara jiran Jepun pada tahun lalu. Di Jepun, mereka muncul dengan dua album studio iaitu Girl’s Talk dan Super Girl (2011). Tidak ketinggalan, album kompilasi Kara Best 2007-2010.
Sementara itu, Girls Generation yang dianggotai sembilan gadis jelita, Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona pula sudah menghasilkan tiga album penuh serta tiga album mini sejak ditubuhkan pada 2007 lalu.
Seperti Kara, Girls’ Generation juga menghasilkan satu album penuh berjudul Girls’ Generation untuk pasaran Jepun tahun ini.
Tidak terkecuali, mereka turut menerbitkan album pakej semula, The Boys pada tahun ini untuk mengisi permintaan peminat
di Jepun.
Menerusi komen seorang peminat muzik Korea, Jung Hyun memaklumkan pengaruh K-Pop kini boleh dianggap berada di luar batasan apabila ia diterima di seluruh dunia. Malah lebih hebat apabila muzik K-Pop mampu bersaing di pasaran Eropah.
“Muzik K-Pop mewakili Asia apabila diterima baik di negara Barat. Saya nyata amat berbangga dengan kejayaan diraih anak seni Korea yang kebanyakannya masih muda seperti Big Bang, Suju, Wonder Girls mahupun Kara yang menjadi perhatian ramai.
“Perkembangan yang baik ini diyakini turut menyumbang kepada galakan untuk golongan muda yang lain menceburi industri muzik. Saya percaya masih ramai lagi remaja Korea yang memiliki bakat seni harus mendapat ruang dan peluang,” katanya.
Jung Hyun berkata, rakyat Korea tidak gentar berjuang walaupun bergiat aktif dalam industri seni. Ujarnya, selain fenomena muzik K-Pop yang makin meluas, Korea juga amat berbangga apabila industri drama dan filem juga tidak menghampakan.
Biarpun, pelbagai kejayaan hebat diraih, tetapi kontroversi juga tak mampu dielak. Sama ada pelakon ataupun penyanyi, kontroversi menjadi rencah kehidupan. Namun sokongan peminat yang menjadi mereka kuat dan mampu menghadapinya.
Sumber
No comments:
Post a Comment