TV



 

Follow ME

♥♥AFIE KHALID COVER ♥♥

nuff

Friday 23 December 2011

Bagi RM1,000 dapat RM5juta

Sharing is Caring!
 
SEREMBAN: Akibat terlalu ghairah menjadi jutawan ekspres, seramai 259 individu yang rata-ratanya warga emas dari seluruh negara kerugian ratusan ribu ringgit kerana mendakwa terpedaya dengan satu skim pelaburan oleh dua individu termasuk seorang daripadanya mengaku dirinya seorang ‘Datuk’.








Difahamkan, kedua-dua dua individu berusia 40 dan 50-an itu bergerak di serata lokasi untuk menawarkan mangsa ‘Skim Dana Persisiran Pantai Labuan Kepada Pemilik Tanah Bumiputera’ yang didakwa memberi pulangan sebanyak RM5 juta dengan hanya pelaburan berjumlah RM1,000.
Semua mangsa berusia 40 hingga 60-an yang berminat dengan pelaburan itu dikatakan dipujuk supaya memohon pinjaman bank dengan mencagarkan tanah masing-masing bagi membolehkan mereka melabur lebih banyak.


Bagi tujuan itu, mangsa mendakwa diminta membayar RM1,600 kepada individu berkenaan sebagai kos menguruskan pinjaman ‘ghaib’ terbabit.


Bagaimanapun, selepas mangsa melunaskan bayaran bersama dokumen berkaitan, individu itu didakwa gagal dihubungi dan menghilangkan diri sehingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...